Tuesday, December 10, 2013

PENGENALAN

Salam hormat,

1. Kenapa lebah kelulut?

    Perlaksanaan projek ini amat bersesuaian dengan budaya orang Melayu. Kos satu-satu projek juga tidak tinggi. Saya menganggarkan satu projek yang mengandungi 10 kloni lebah kelulut memakan belanja sekitaran RM7,000.00 sahaja. Ia sesuai dijadikan punca pendapatan, hampir secara passif, kepada pengusaha bidang pertanian dan bidang kerjaya yang lain. Ia sesuai dikaitkan dengan dasar kerajaan kita iaitu ke arah rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

2. Spesis kelulut.

    Buat masa kini hanya 2 spesis lebah kelulut yang disarankan bagi bidangusaha ini. Pertamanya, spesis Trigona thoracica dan Trigona itama. Spesis T. thoracica lebih besar daripada T. itama.

3. Tanaman/tumbuhan yang menjadi makanan lebah kelulut.

    Di antara tanaman dan tumbuhan liar yang bunganya menjadi punca makanan lebah kelulut ialah:-

                        3.1. Belimbing besi,
                        3.2. Kelapa,
                        3.3. Acasia,
                        3.4. Gelam,
                        3.5. Jambu air

4. Pokok di mana lebah kelulut bersarang.

     Anda boleh menggunakan sumber koloni sendiri, jika anda telah ada kemahiran, dengan memotong (cara tertentu) bahagian pokok-pokok berikut yang telah dibuat sarang oleh lebah kelulut. Kebiasaanya pokok-pokok tersebut telah tua dan berteras. Diperhatikan juga kedudukan lubang sarang di pokok-pokok berkenaan melebihi 10 kaki dan ke atas. Ini juga dikaitkan dengan cara lebah kelulut berusaha menjauhkan koloninya daripada serangan musuh tertentu. Berikut ialah antara pokok-pokok yang dimaksudkan:-

    4.1. Manggis,
    4.2. Rambutan,
    4.3. Jering,
    4.4. Mangga,
    4.5. Getah,
    4.6. Petai belalang,
    4.7. Durian,
    4.8. Kundang,

5. Propolis Lebah kelulut.

6. Madu kelulut.

7. Khasiat madu lebah kelulut dan testimoni pengguna.

8. Sudut Agama.

PEMBANGUNAN PROJEK

Salam hormat,


1. Ilmu dan kemahiran.

Saya mencadangkan bagi anda yang berminat dengan bidangusaha ini, eloklah mencari ilmu dahulu dengan menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah. Pengalaman saya, satu kursus peternakan oleh pihak swasta memerlukan sekitaran RM560 seorang untuk sehari.


2. Persiapan tapak.

Pengalaman saya menunjukkan semut adalah merupakan musuh kepada usaha anda. Semut tertarik kepada kotak atau tunggul koloni lebah kelulut kerana bau dan madu yang terapat di dalamnya( saya pun boleh bau madu berkenaan dalam jarak dekat).

Sebelum meletakkan mana-mana kotak atau tunggul koloni, tapak di mana koloni ini akan diletakkan elok di spray dengan ubat nyah semut. Saya guna Baygon. Terbaik semburan FENDONA SC, sejenis racun serangga, kerana semburan ini tidak berbau. Spray di tapak kayu yang di bawah sekali. Ualang selepas 3 ke 4 hari kemudian.

Jika semut telah memasuki kotak, jangan spray di dalam kotak. Ini akan membunuh koloni kelulut sekali. Saya difahamkan koloni kelulut akan membuat tindakan protectionnya sendiri terhadap mana-mana musuh termasuk semut. Memadai dengan spray di sekeliling kotak sahaja.

Kedudukan koloni, biasanya diletakkan di bawah pokok atau ditempat yang beratap. Jika diletakkan dibawah pokok, misalnya dibawah pokok rambutan (projek saya seniri), pastikan lubang koloni diarahkan kepada kawasan yang ruang diatasnya lapang. Biasanya kelulut akan keluar dan terbang keudara.


3. Perolehan kloni kelulut. 

Kita boleh bawa koloni kelulut ini dengan menggunakan kereta kita sendiri. Pembekal semestinya telah menutup lubang koloni dengan jaring yang sesuai. Setelah disiapkan koloni berkenaan, letakkan koloni ini di atas tempat yang sesuai, bukalah jaring penutup lubang keluar-masuk kelulut.

Buat pemerhatian selama 3 ke 4 hari pertama.

Jangan lupa membuat semburan racun makhlok perosak di bahagian pangkal tiang atau tunggul koloni. Tindakan ini bagi memastikan semut tidak naik dan menggalkan projek anda.

Aktiviti kelulut ini hanya bolih diperhatikan waktu siang sahaja. Waktu maghrib hampir kesemua kelulut telah masuk ke sarang dan akan keluar semula awal pagi keesokkan harinya dan meneruskan keiatanya.

Pada hari ke dua (kebiasannya), akan kelihatan kelulut telah mula membawa polen (bewarna kuning) masuk ke sarang. Jika ini berlaku maknanya kelulut ini telah mula menyesuaian diri di lokasi baru tersebut. Jika ini berterusan ke hari ke 4, pengalaman saya koloni ini telah OK dan anda boleh terus mengawasinya dari masa ke semasa.

Kadang kala kelihatan kelulut kelur dengan membawa particle berwarna putih. Ini biasa, kelulut membuat pembersihan di saragnya.

Jika anda telah menghadiri kursus tertentu, dimana turut diajarkan bagaiman anda bolih menyediakan sendiri koloni kelulut, anda digalakkan berbuat demikian. Cara begini anda akan dapat mengurangkan kos projek dengan banyaknnya. Sebatang pokok rambutan tua yang ada koloni kelulut, bolih dibeli dengan harga RM200 sepohon. Jika pokok dihutan, boleh dapat dengan percuma!

Bagi tujuan di atas, anda mungkin terpaksa membeli sebuah gergaji mesen yang matanya berukuran 18 inci dengan harga RM1,500 sebuah. Selain daripada itu anda memerlukan sebuah drill, stapler (heavy duty) dan sedikit netting plastik. Beberapa kepingan papan dan sedikit plywood bagi pembinaan kotak koloni.

Pohon-Pohon yang mengandungi koloni kelulut ini, jika anda tingal di desa atau di pinggir hutan/bandar, mesti ada. Masaalahnya, jika anda belum biasa melihat rupabentuk koloni semasa di pokok asal, memang agak susah sedikit mencarinya. Anda mungkin memerlukan sebuah teropong (binocular) untuk mengesanya dengan baik. Sebenarnya mudah jika anda ada sedikit pengalaman.

Cuma saya mengingatkan, semas pemangkasan dibuat, kadang kala terpotong dibahagian bebola madu yang sedia ada, maka anda eloklah bersedia dengan peralatan memungut madu serta bekas penyimpannannya sekali. Saya perhatikan ada ketikanya banyak juga koleksi madu yang bolih dipungut semasa menyediakan koloni untuk diternak.

PENGURUSAN PROJEK

Salam hormat,

1. Elakkan dalaman perumahan kelulut di basahi hujan (berkulat).

     Dalam keadaan semula jadi, maksud saya di pokok asal, memang sarang kelulut ini tidak terkena air hujan dan berkeadaan gelap. Apabila kita menggunakan kotak sebagai tempat ia bersarang, maka perlulah diperhatikan supaya dalam kotak ini tidak dimasuki hujan.

   Ada beberapa kaedah yang anda bolih lakukan untuk mewujudkan keadaan ini. Pertamanya anda bolih buat penutup kotak dengan kayu yang tebal dan kemas, kemudian di cat (sebelah luar sahaja).  Kedua, anda boleh meletakkan koloni ini di bawah kawasan yang beratap. Ketiga, anda hanya letakkan sekeping asbestos yang telah di kerat kecil di atas kotak berkenaan.

 
2. Rutin harian.

PEMUNGUTAN HASIL

Salam hormat,

1. Jadual atau kekerapan pemungutan hasil.

2. Peralatan pemungutan hasil.

3. Isu kebersihan premis penyimpanan hasil.

PENGHASILAN PRODUK MADU KELULUT

Salam hormat,

1. Madu kelulut.

2. Propolis

PEMASARAN HASIL

Salam hormat,

1. Peruncitan hasil,

2. Agro-Pelancungan,

    Pemasaran produk kelulut di destinasi pelancungan termasuk KLIA.
3. 

EKONOMI BIDANGUSAHA

Salam hormat,

1. Saiz bidnagusaha berskala ekonomi

2. Aliran tunai projek

3. Lain-Lain hasil (folder pelawat, CD penghasilan madu kelulut, pembekal kloni kelulut, e-book lebah kelulut dll). 

Anda akan mendapat pendapatan berlipat ganda dengan mengembeling lain-lain hasil yang saya sebutkan di atas. Hanya kreativiti anda sahaja yang akan membataskan punca dan nilai pendapatan.