Salam hormat,
1. Ilmu dan kemahiran.
Saya mencadangkan bagi anda yang berminat dengan bidangusaha ini, eloklah mencari ilmu dahulu dengan menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah. Pengalaman saya, satu kursus peternakan oleh pihak swasta memerlukan sekitaran RM560 seorang untuk sehari.
2. Persiapan tapak.
Pengalaman saya menunjukkan semut adalah merupakan musuh kepada usaha anda. Semut tertarik kepada kotak atau tunggul koloni lebah kelulut kerana bau dan madu yang terapat di dalamnya( saya pun boleh bau madu berkenaan dalam jarak dekat).
Sebelum meletakkan mana-mana kotak atau tunggul koloni, tapak di mana koloni ini akan diletakkan elok di spray dengan ubat nyah semut. Saya guna Baygon. Terbaik semburan FENDONA SC, sejenis racun serangga, kerana semburan ini tidak berbau. Spray di tapak kayu yang di bawah sekali. Ualang selepas 3 ke 4 hari kemudian.
Jika semut telah memasuki kotak, jangan spray di dalam kotak. Ini akan membunuh koloni kelulut sekali. Saya difahamkan koloni kelulut akan membuat tindakan protectionnya sendiri terhadap mana-mana musuh termasuk semut. Memadai dengan spray di sekeliling kotak sahaja.
Kedudukan koloni, biasanya diletakkan di bawah pokok atau ditempat yang beratap. Jika diletakkan dibawah pokok, misalnya dibawah pokok rambutan (projek saya seniri), pastikan lubang koloni diarahkan kepada kawasan yang ruang diatasnya lapang. Biasanya kelulut akan keluar dan terbang keudara.
3. Perolehan kloni kelulut.
Kita boleh bawa koloni kelulut ini dengan menggunakan kereta kita sendiri. Pembekal semestinya telah menutup lubang koloni dengan jaring yang sesuai. Setelah disiapkan koloni berkenaan, letakkan koloni ini di atas tempat yang sesuai, bukalah jaring penutup lubang keluar-masuk kelulut.
Buat pemerhatian selama 3 ke 4 hari pertama.
Jangan lupa membuat semburan racun makhlok perosak di bahagian pangkal tiang atau tunggul koloni. Tindakan ini bagi memastikan semut tidak naik dan menggalkan projek anda.
Aktiviti kelulut ini hanya bolih diperhatikan waktu siang sahaja. Waktu maghrib hampir kesemua kelulut telah masuk ke sarang dan akan keluar semula awal pagi keesokkan harinya dan meneruskan keiatanya.
Pada hari ke dua (kebiasannya), akan kelihatan kelulut telah mula membawa polen (bewarna kuning) masuk ke sarang. Jika ini berlaku maknanya kelulut ini telah mula menyesuaian diri di lokasi baru tersebut. Jika ini berterusan ke hari ke 4, pengalaman saya koloni ini telah OK dan anda boleh terus mengawasinya dari masa ke semasa.
Kadang kala kelihatan kelulut kelur dengan membawa particle berwarna putih. Ini biasa, kelulut membuat pembersihan di saragnya.
Jika anda telah menghadiri kursus tertentu, dimana turut diajarkan bagaiman anda bolih menyediakan sendiri koloni kelulut, anda digalakkan berbuat demikian. Cara begini anda akan dapat mengurangkan kos projek dengan banyaknnya. Sebatang pokok rambutan tua yang ada koloni kelulut, bolih dibeli dengan harga RM200 sepohon. Jika pokok dihutan, boleh dapat dengan percuma!
Bagi tujuan di atas, anda mungkin terpaksa membeli sebuah gergaji mesen yang matanya berukuran 18 inci dengan harga RM1,500 sebuah. Selain daripada itu anda memerlukan sebuah drill, stapler (heavy duty) dan sedikit netting plastik. Beberapa kepingan papan dan sedikit plywood bagi pembinaan kotak koloni.
Pohon-Pohon yang mengandungi koloni kelulut ini, jika anda tingal di desa atau di pinggir hutan/bandar, mesti ada. Masaalahnya, jika anda belum biasa melihat rupabentuk koloni semasa di pokok asal, memang agak susah sedikit mencarinya. Anda mungkin memerlukan sebuah teropong (binocular) untuk mengesanya dengan baik. Sebenarnya mudah jika anda ada sedikit pengalaman.
Cuma saya mengingatkan, semas pemangkasan dibuat, kadang kala terpotong dibahagian bebola madu yang sedia ada, maka anda eloklah bersedia dengan peralatan memungut madu serta bekas penyimpannannya sekali. Saya perhatikan ada ketikanya banyak juga koleksi madu yang bolih dipungut semasa menyediakan koloni untuk diternak.
No comments:
Post a Comment