Tuesday, December 10, 2013

PENGENALAN

Salam hormat,

1. Kenapa lebah kelulut?

    Perlaksanaan projek ini amat bersesuaian dengan budaya orang Melayu. Kos satu-satu projek juga tidak tinggi. Saya menganggarkan satu projek yang mengandungi 10 kloni lebah kelulut memakan belanja sekitaran RM7,000.00 sahaja. Ia sesuai dijadikan punca pendapatan, hampir secara passif, kepada pengusaha bidang pertanian dan bidang kerjaya yang lain. Ia sesuai dikaitkan dengan dasar kerajaan kita iaitu ke arah rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

2. Spesis kelulut.

    Buat masa kini hanya 2 spesis lebah kelulut yang disarankan bagi bidangusaha ini. Pertamanya, spesis Trigona thoracica dan Trigona itama. Spesis T. thoracica lebih besar daripada T. itama.

3. Tanaman/tumbuhan yang menjadi makanan lebah kelulut.

    Di antara tanaman dan tumbuhan liar yang bunganya menjadi punca makanan lebah kelulut ialah:-

                        3.1. Belimbing besi,
                        3.2. Kelapa,
                        3.3. Acasia,
                        3.4. Gelam,
                        3.5. Jambu air

4. Pokok di mana lebah kelulut bersarang.

     Anda boleh menggunakan sumber koloni sendiri, jika anda telah ada kemahiran, dengan memotong (cara tertentu) bahagian pokok-pokok berikut yang telah dibuat sarang oleh lebah kelulut. Kebiasaanya pokok-pokok tersebut telah tua dan berteras. Diperhatikan juga kedudukan lubang sarang di pokok-pokok berkenaan melebihi 10 kaki dan ke atas. Ini juga dikaitkan dengan cara lebah kelulut berusaha menjauhkan koloninya daripada serangan musuh tertentu. Berikut ialah antara pokok-pokok yang dimaksudkan:-

    4.1. Manggis,
    4.2. Rambutan,
    4.3. Jering,
    4.4. Mangga,
    4.5. Getah,
    4.6. Petai belalang,
    4.7. Durian,
    4.8. Kundang,

5. Propolis Lebah kelulut.

6. Madu kelulut.

7. Khasiat madu lebah kelulut dan testimoni pengguna.

8. Sudut Agama.

No comments:

Post a Comment